MENU

MPKS menawarkan pengurangan kompaun pelbagai sebanyak 50 peratus bagi semua kesalahan kepada orang awam yang telah dikenakan kompaun daripada pihak Majlis Perbandaran Kuala Selangor.

Kempen ini bertujuan memberi ruang kepada orang awam untuk menjelaskan kompaun dan orang ramai digesa untuk mengambil peluang ini bermula 1 November 2022 sehingga 15 Disember 2022.

Pembayaran boleh dilakukan secara dalam talian melalui ip3ks, aplikasi CEPat - Citizen E-Payment dan aplikasi PBTPay. Selain itu, pembayaran secara terus juga boleh dibuat pada hari Isnin hingga Jumaat mulai jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang di kaunter cawangan Unit Perundangan.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Unit Perundangan MPKS di talian 03-32897385 samb. 30

#KualaSelangor

#IndahdanBersejarah

#MPKS

Kempen 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 1 Disember 2022 - 4:23pm