MENU

Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB) MPKS telah menganjurkan Kursus Pemantapan Bangunan Kediaman Berstrata (C-SMART) 2022 di Kuala Lumpur pada 23 September hingga 25 September 2022.

Kursus ini memfokuskan kepada komuniti pembangunan berstrata di dalam daerah Kuala Selangor bertujuan membantu pihak JMB, MC dan Pengurus Bangunan untuk menguruskan kediaman berstrata dengan lebih sistematik dan mematuhi Peruntukan Akta Pengurusan Strata 757 dengan menitikberatkan isu yang dihadapi oleh pihak pengurusan dalam menghadapi masalah dan isu yang dihadapi.

Kursus ini telah dihadiri oleh 24 orang peserta yang terdiri daripada Jawatankuasa Pengurusan JMB, MC dan Pengurus Bangunan berdaftar dalam daerah Kuala Selangor. Sebanyak 6 sesi dan 6 penceramah yang berpengalaman telah memberikan input dan ilmu dalam program ini.

Kursus ini diakhiri dengan Forum Pengurusan Strata mengenai perkongsian pengalaman oleh Unit Pesuruhjaya Bangunan MPAJ, MBSJ dan MPKj. Kursus ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha, Puan Rahilah binti Rahmat, Yang Dipertua MPKS.

#KualaSelangor

#IndahdanBersejarah

#MPKS

C-SMART C-SMART 

C-SMART C-SMART 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 1 Disember 2022 - 4:23pm