MENU

Majlis Perbandaran Kuala Selangor telah mengadakan Perhimpunan Pagi yang telah dihoskan oleh Jabatan Perbendaharaan di Dewan Bandar Baru, Kuala Selangor.

Ucaptama perhimpunan ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha, Puan Rahilah binti Rahmat, Yang Dipertua MPKS dan renungan pagi telah disampaikan oleh Puan Liliana binti Ahmad, Pengarah Jabatan Perbendaharaan.

Dalam masa yang sama, turut diadakan penyampaian hadiah pertandingan Inovasi 2022 lalu yang dimenangi oleh Jabatan Penguatkuasaan, tempat kedua Unit Korporat dan Perhubungan Awam dan Unit Pelancongan, tempat ketiga Jabatan Pembangunan Masyarakat. Syabas dan tahniah diucapkan.

Perhimpunan ini turut dihadiri oleh TPr Tuan Haji Mohamad Yusli bin Askandar, Setiausaha MPKS dan ketua-ketua jabatan/unit serta kakitangan MPKS.

#KualaSelangor

#IndahdanBersejarah

#MPKS

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 27 Januari 2023 - 8:10am