PENUTUPAN SEMENTARA SALURAN PEMBAYARAN PBTPAY MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR
Perkhidmatan Bayaran Cukai, Kompaun di saluran pembayaran PBTPay akan ditutup sementara bagi melaksanakan kerja – kerja penyelenggaraan server dan pengemaskinian data pada ketetapan berikut:
Tarikh : 3 Februari 2023 sehingga 6 Februari 2023
Masa : 3 Petang sehingga selesai
Pengguna masih boleh menggunakan saluran iP3KS (https://ip3ks.mpks.gov.my) dan CEPat (https://www.smartselangor.com.my) untuk membuat sebarang bayaran.
Sekian, terima kasih.