Arkib Pengumuman

Iklan kekosongan premis perniagaan Majlis Perbandaran Kuala Selangor.
Tarikh Iklan : 5 Mei 2025
Tarikh tutup permohonan : 16 Mei 2025
Syarat permohonan seperti yang dipaparkan di tatacara dan syarat permohonan di iklan yang dilampirkan.

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) merakamkan ucapan takziah yang setulusnya kepada keluarga Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, yang telah kembali ke rahmatullah pada 14 April 2025.
Kami mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin. Semoga seluruh keluarga Allahyarham diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi saat yang penuh duka ini.

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mempelawa warganegara Malaysia untuk memohon tapak penjaja kecil sementara secara dalam talian!
Tarikh Permohonan:
10 APRIL 2025 hingga 18 APRIL 2025

Tarikh: 12 April 2025 (Sabtu)
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Arena Petanque, Kompleks Sukan Kuala Selangor
Terbuka kepada lelaki dan wanita.
Syarat Tambahan:
1. Hanya pegawai yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 6 bulan (bagi COS 6 bulan)
2. 1 tahun bagi pegawai CFS/Mystep dengan kerajaan pada tarikh kejohanan
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
En. Muaz bin Ahmad

๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐

Majlis Perbandaran Kuala Selangor mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada seluruh warga Kuala Selangor dan rakyat Malaysia yang menyambutnya.
Semoga Syawal ini membawa kebahagiaan, keberkatan, dan kesejahteraan buat semua. Raikan kemenangan setelah sebulan berpuasa dengan penuh kesyukuran, dalam suasana yang harmoni dan penuh kasih sayang.

๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Jom bersama-sama hadir memeriahkan Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 Peringkat Negeri Selangor yang akan berlangsung pada butiran berikut:-
๐ ๐๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐๐๐๐ (๐๐ก๐๐)

Dimaklumkan bahawa operasi Bukit Malawati dan Santuari Kelip-Kelip Kg. Kuantan akan ditutup sempena Hari Raya Aidilfitri 1446H/2025M seperti berikut:
Bukit Malawati
Tarikh: 31 Mac 2025 (Isnin) | 1 Syawal
Santuari Kelip-Kelip Kg. Kuantan
Tarikh: 30 & 31 Mac 2025 (Ahad & Isnin) | 29 Ramadan & 1 Syawal

Selamat menyambut Nuzul al-Quran, 17 Ramadan 1446H/18 Mac 2025. Semoga Nuzul al-Quran menginspirasi kita untuk terus belajar dan mengejar kebaikan, serta memperbaiki diri agar menjadi hamba yang lebih baik di sisi Allah SWT.
Tulus ikhlas daripada Yang Dipertua, Setiausaha dan Ahli-Ahli Majlis serta Seluruh Warga Kerja Majlis Perbandaran Kuala Selangor.

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) akan menjalankan aktiviti MPKS MYSaveFood@Bazar Ramadan bermula 16 Mac 2025 di Bazar Ramadan MPKS mengikut ketetapan di bawah.
Kutipan akan berlangsung pada tarikh berikut:
16 Mac 2025 (Ahad)
- Lokasi: Bazar Ramadan Hadapan IADA Kuala Selangor
17 Mac 2025 (Isnin)
- Lokasi: Bazar Ramadan Hadapan Lotusโs Kuala Selangor
18 Mac 2025 (Selasa)

PELAWAAN KERJA
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menawarkan peluang kepada syarikat/pengusaha untuk mengelola aktiviti perniagaan di Dataran Malawati, Pekan Lama Kuala Selangor. Syarikat/pengusaha yang berminat boleh menghantar kertas cadangan komprehensif berkenaan kaedah pelaksanaan dan perancangan kepada Jabatan Pelesenan, MPKS.

PENGAMBILAN BAHARU HOS KOMUNITI SETEMPAT SELANGOR (HKSS) 2025 DAERAH KUALA SELANGOR DAN SABAK BERNAM
SYARAT & KRITERIA :
1. Warganegara Malaysia dan Pemastautin di kawasan pemanduan.
2. Umur di antara 18 hingga 60 tahun.
3. Sihat tubuh badan.
4. Boleh membaca, menulis dan mengira.
5. Mempunyai minat, pengetahuan dan bangga dengan sejarah,budaya dan warisan tempatan dan Negeri Selangor.

PEMAKLUMAN
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) ingin memaklumkan bahawa Pusat Pelancongan Santuari Kelip-Kelip, Kampung Kuantan akan ditutup sementara pada:
13 Mac 2025 (Khamis)

Iklan kekosongan premis perniagaan Majlis Perbandaran Kuala Selangor.
Tarikh Iklan : 10 Mac 2025
Tarikh tutup permohonan : 19 Mac 2025
Syarat permohonan seperti yang dipaparkan di tatacara dan syarat permohonan di iklan yang dilampirkan.

PEMAKLUMAN
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) ingin memaklumkan penutupan sementara operasi perkhidmatan trem Bukit Malawati pada 8 hingga 10 Mac 2025 (Sabtu โ Isnin) sempena program Ihyaโ Ramadan di Masjid Raja Lumu, Pekan Lama Kuala Selangor. Kenderaan awam turut dilarang melalui laluan ke Puncak Bukit Malawati sepanjang tempoh tersebut