Arkib Pengumuman

Perolehan kerja secara undian bagi peruntukan MARRIS 2023 telah berlangsung pada 13 Jun 2023 di Dewan Bandar Baru, Kuala Selangor. Sebanyak 11 tawaran kerja undi telah dilaksanakan melibatkan 139 orang kontraktror G1 daerah Kuala Selangor . Cabutan undi telah disempurnakan oleh Setiausaha MPKS, TPr Tuan Haji Mohamad Yusli bin Askandar serta dihadiri oleh Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Daerah Kuala Selangor

Berikut adalah Senarai Kontraktor yang LAYAK dan TIDAK LAYAK untuk Menyertai Kerja Undi MPKS Bil. 1/2023 pada kali ini. Salinan asal Sijil-Sijil berikut hendaklah dibawa pada hari Cabutan Kerja Undi.

Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor akan menganjurkan Selangor Mega Job Fair Tahun 2023 pada ketetapan berikut:
Tarikh: 17 & 18 Jun 2023 (Sabtu & Ahad)
Masa: 9.00 pagi - 5.30 petang
Tempat: MBSA Convention Centre, Shah Alam, Selangor
Ayuh pencari kerja, jom sertai kami!

Warga Kuala Selangor dijemput untuk sama-sama memeriahkan Program Jelajah #KitaSelangor Aidilfitri (JKSA) Daerah Kuala Sela

Selamat menyambut Hari Pekerja kepada semua rakyat Malaysia yang banyak menabur bakti dan memberi jasa kepada negara dengan pekerjaan yang dilakukan untuk meningkatkan kualiti ekonomi, kesihatan dan perjuangan agama dan bangsa tanpa kenal erti lelah.

Semoga Ramadan yang baru sahaja berlalu ini telah menyuburkan ketaqwaan kita dan berjaya mengangkat kesediaan kita untuk menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.
Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia,
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Iklan kekosongan premis perniagaan Majlis Perbandaran Kuala Selangor.
Tarikh Iklan : 28 Mac 2023
Tarikh tutup permohonan : 06 April 2023
Syarat permohonan seperti yang dipaparkan di tatacara dan syarat permohonan di iklan yang dilampirkan.

Majlis Perbandaran Kuala Selangor telah menerima lawatan daripada Majlis Daerah Hulu Terengganu pada 7 Mac 2023 di Dewan Bandar Baru, Kuala Selangor. Tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan penerangan berkaitan penjanaan ekonomi dan sesi perkongsian mengenai kutipan hasil MPKS.

PEMAKLUMAN
Permohonan dalam talian baki petak Bazar Ramadan dan Bazar Raya 1444H/2023M dibuka semula bermula 6 Mac 2023 9 (Jam 3.00 petang) sehingga 10 Mac 2023 ( jam 12.00 t/hari) di https://ip3ks.mpks.gov.my/

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah menganjurkan program Hijau Lestari 2023 yang menyasarkan penanaman 25,223 pokok siantan untuk mencipta rekod Malaysia Book of Record (MBOR) berlangsung pada 25 Februari 2023, jam 8.00 pagi di Forest Park, Bandar Hillpark Puncak Alam.

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah menjalankan operasi bersepadu kilang tanpa kebenaran di Jalan Abdul Aziz, Ijok pada 14 Februari 2023.
Operasi diadakan ekoran maklumat yang diterima oleh orang awam dan risikan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta MPKS mendapati kilang tersebut beroperasi semula walaupun telah diambil tindakan sebelum ini pada 19 Januari 2023 yang lalu.

Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor akan mengadakan Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) bagi tahun 2023. AINS diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada semua penduduk di Negeri Selangor yang merangkumi Sektor Awam, Sektor Swasta, Akar Umbi, Sekolah, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam mencetus idea baharu yang kreatif dan inovatif ke arah pembudayaan inovasi di Negeri Selangor.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-haj hari ini berkenan merasmikan Hospital Tanjong Karang.
Baginda dalam titahnya sukacita dengan pembinaan kemudahan terbaharu itu bagi memudahkan penduduk sekitar menerima akses perkhidmatan perubatan yang lebih baik serta berkesan.