LAWATAN KUNJUNG HORMAT MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU KE MPKS
Majlis Perbandaran Kuala Selangor telah menerima lawatan daripada Majlis Daerah Hulu Terengganu pada 7 Mac 2023 di Dewan Bandar Baru, Kuala Selangor. Tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan penerangan berkaitan penjanaan ekonomi dan sesi perkongsian mengenai kutipan hasil MPKS.
Lawatan telah disambut oleh Encik Ahmad Jamzuri bin Mujaini, Timbalan Setiausaha MPKS dan delegasi MDHT diketuai oleh Tuan Haji Lukema Meri bin Salleh@Abdul Latif, Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu.