TAKLIMAT KES UNDANG-UNDANG BERKAITAN CUKAI TAKSIRAN
Majlis Perbandaran Kuala Selangor telah mengadakan Taklimat Kes Undang-Undang Berkaitan Cukai Taksiran pada 20 Jun 2023 bertempat di Courtyard by Marriott, Setia Alam. Penyertaan seramai 52 orang yang melibatkan 11 PBT di Negeri Selangor.
Taklimat ini dilaksanakan adalah untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan berkenaan kes mahkamah yang telah diputuskan sebagai rujukan serta panduan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mengikut bidang masing-masing dengan lebih baik.
Taklimat telah disampaikan oleh penceramah yang berpengalaman daripada Tetuan Rastam Singa & Co iaitu Encik Mohd Faiz bin Abd Rahim yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang ini.