PEMANTAUAN KEBERSIHAN BAZAR RAMADAN HADAPAN PEJABAT IADA, KUALA SELANGOR
Jabatan Kesihatan Persekitaran MPKS telah menjalankan pemantauan kebersihan bazar ramadan hadapan Pejabat IADA, Kuala Selangor. Pemeriksaan yang dilakukan meliputi Suntikan Anti Tifoid, Kursus Pengendali Makanan serta Kebersihan di Tapak. Pemeriksaan kebersihan dan keselamatan makanan telah dijalankan kepada peniaga bazar ramadan bagi memastikan peniaga mematuhi standard kebersihan makanan yang telah ditetapkan.
Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor juga turut serta dalam membantu pemeriksaan berkaitan kebersihan pengendali makanan serta tapak peniaga. PKDKS juga telah menjalankan persampelan makanan yang bertujuan untuk proses analisa tahap keselamatan makanan.
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS