Color
Text

KURSUS PENGUKUHAN INTEGRITI BAGI TAHUN 2025 “GIVE 100% – INTEGRITI DIHAYATI, HIDUP DIBERKATI”.

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah menganjurkan Kursus Pengukuhan Integriti bagi tahun 2025 dengan tema “Give 100% – Integriti Dihayati, Hidup Diberkati”. Program ini bertujuan untuk memperkukuh amalan integriti dalam kalangan pegawai dan kakitangan, selaras dengan fungsi teras Unit Integriti iaitu Pengukuhan Integriti.

Kursus ini telah berlangsung di Dewan Bandar Baru Kuala Selangor dan melibatkan penyertaan seramai 150 orang peserta daripada pelbagai jabatan di MPKS. Ceramah telah disampaikan oleh Encik Zukernain Wook, Perunding dari I-Excel Consulting yang berkongsi pandangan serta pengalaman berkaitan kepentingan integriti dalam perkhidmatan awam.

Majlis turut diserikan dengan ucaptama oleh YBrs. Tuan Mohamad Hanafe bin Basri, Yang Dipertua MPKS yang menekankan kepentingan amanah dan tanggungjawab dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Diharapkan program seperti ini dapat terus menyemai nilai murni dalam budaya kerja warga MPKS.

#KualaSelangor

#IndahdanBersejarah

#MPKS 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS