KUNJUNGAN HORMAT & LAWATAN PENANDA ARAS OLEH JABATAN PENGUATKUASAAN DBKL
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu sesi Lawatan Penanda Aras yang berlangsung pada 29 Mei 2025 di Bilik Mesyuarat Malawati, Ibupejabat MPKS.
Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan pendedahan serta berkongsi amalan terbaik berkaitan penggunaan kamera badan (body camera) dan peranti handheld dalam tugasan penguat kuasa. Selain itu, perkongsian mengenai kaedah pengurusan kenderaan buruk/tersadai yang dilaksanakan oleh MPKS
Pihak MPKS amat berbesar hati menerima lawatan ini dan berharap perkongsian ini dapat memberi manfaat bersama dalam memperkukuhkan sistem penyampaian perkhidmatan penguatkuasaan.
Delegasi Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diketuai oleh YBrs PPj. Mohd Hisham bin Hj. Izhar, Timbalan Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL dan delegasi lawatan telah disambut oleh YBrs. Tuan Mohamad Hanafe bin Basri, Yang Dipertua MPKS.
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS