Color
Text

PERHIMPUNAN PAGI MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR BIL. 3/2025

Pada 30 Mei 2025, Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah mengadakan Perhimpunan Pagi Bilangan 3/2025 yang dihoskan oleh Jabatan Perbendaharaan MPKS. Majlis ini telah berlangsung di Dewan Bandar Baru, Kuala Selangor dengan kehadiran warga kerja MPKS.

Perhimpunan dimulakan dengan ucapan aluan oleh Puan Liliana binti Ahmad, Pengarah Jabatan Perbendaharaan MPKS. Seterusnya, ucaptama telah disampaikan oleh YBrs. TPr. Tuan Haji Mohamad Yusli bin Askandar, Setiausaha MPKS. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan amalan penjimatan elektrik dan penggunaan utiliti oleh semua warga kerja MPKS.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada kakitangan MPKS yang menerima pingat Negeri Selangor Darul Ehsan sempena Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-79 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

#KualaSelangor #IndahdanBersejarah #MPKS 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS