PROGRAM KHAIRAT DARUL EHSAN (KDE)
Khairat Darul Ehsan (KDE) merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang prihatin bertujuan meringankan beban waris dengan pemberian sumbangan khairat kematian sebanyak RM1,000 kepada rakyat Selangor berusia 50 tahun ke atas dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang merupakan pengundi dan menetap di Selangor.
Syarat-syarat permohonan seperti berikut:
1. Permohonan hendaklah dibuat sepenuhnya secara dalam talian menerusi aplikasi YAWAS atau di kde.yawas.com.my.
2. Permohonan hendaklah dibuat semasa pemohon masih hidup.
3. Tiada permohonan selepas kematian.
4. Tempoh kelulusan dalam 14 hari dari tarikh hantar dokumen yang lengkap.
5. YAWAS akan buat Prapendaftaran Program KDE bermula 5 Mei 2025.
6. Pendaftaran baru bermula dari 1 Jun 2025
Sila layari laman sesawang
https://kde.yawas.com.my/ untuk maklumat lanjut.
Liputan mengenai KDE:
https://selangorkini.my/.../khairat-darul-ehsan.../...
https://www.sinarharian.com.my/.../segera-daftar...