Color
Text
 

Scan for Online Application Payment (iP3KS)

Scan for Online Application Payment (iP3KS)

Arkib Pengumuman

HARI BERSAMA JAWATANKUASA PENDUDUK
HARI BERSAMA JAWATANKUASA PENDUDUK

Jabatan Pembangunan Masyarakat, Majlis Perbandaran Kuala Selangor telah mengadakan Hari Bersama Jawatankuasa Penduduk pada 17 Jun 2023 di Eco Grandeur Hall, Puncak Alam.

Seramai 150 orang dari Jawatankuasa Penduduk telah hadir untuk mendengar taklimat bagi mengukuhkan lagi masyarakat yang bersatu padu, bermuafakat dan harmoni dalam kawasan taman perumahan.

TAKLIMAT KES UNDANG-UNDANG BERKAITAN CUKAI TAKSIRAN
TAKLIMAT KES UNDANG-UNDANG BERKAITAN CUKAI TAKSIRAN

Majlis Perbandaran Kuala Selangor telah mengadakan Taklimat Kes Undang-Undang Berkaitan Cukai Taksiran pada 20 Jun 2023 bertempat di Courtyard by Marriott, Setia Alam. Penyertaan seramai 52 orang yang melibatkan 11 PBT di Negeri Selangor.

TINDAKAN PENGUATKUASAAN TERHADAP PREMIS
TINDAKAN PENGUATKUASAAN TERHADAP PREMIS

Jabatan Kawalan Bangunan, Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap satu premis perniagaan. Premis ini dikesan menjalankan kerja-kerja ubahsuai tanpa kelulusan MPKS.

Pemilik premis telah diarahkan untuk menghentikan kerja-kerja ubahsuai dan tindakan penguatkuasaan ini dilaksanakan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

PEROELAHAN KERJA SECARA UNDIAN
PEROELAHAN KERJA SECARA UNDIAN

Perolehan kerja secara undian bagi peruntukan MARRIS 2023 telah berlangsung pada 13 Jun 2023 di Dewan Bandar Baru, Kuala Selangor. Sebanyak 11 tawaran kerja undi telah dilaksanakan melibatkan 139 orang kontraktror G1 daerah Kuala Selangor . Cabutan undi telah disempurnakan oleh Setiausaha MPKS, TPr Tuan Haji Mohamad Yusli bin Askandar serta dihadiri oleh Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Daerah Kuala Selangor

SENARAI KONTRAKTOR YANG LAYAK DAN TIDAK LAYAK UNTUK MENYERTAI KERJA UNDI MPKS BIL. 1/2023

Berikut adalah Senarai Kontraktor yang LAYAK dan TIDAK LAYAK untuk Menyertai Kerja Undi MPKS Bil. 1/2023 pada kali ini. Salinan asal Sijil-Sijil berikut hendaklah dibawa pada hari Cabutan Kerja Undi.

JOBFAIR
SELANGOR MEGA JOB FAIR TAHUN 2023

Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor akan menganjurkan Selangor Mega Job Fair Tahun 2023 pada ketetapan berikut:

Tarikh: 17 & 18 Jun 2023 (Sabtu & Ahad)

Masa: 9.00 pagi - 5.30 petang

Tempat: MBSA Convention Centre, Shah Alam, Selangor

Ayuh pencari kerja, jom sertai kami!

Program Jelajah #KitaSelangor Aidilfitri (JKSA) Daerah Kuala Selangor tahun 2023
PROGRAM JELEJAH #KITASELANGOR AIDILFITRI (JKSA) DAERAH KUALA SELANGOR 2023

Warga Kuala Selangor dijemput untuk sama-sama memeriahkan Program Jelajah #KitaSelangor Aidilfitri (JKSA) Daerah Kuala Sela

SELAMAT HARI PEKERJA
SELAMAT HARI PEKERJA

Selamat menyambut Hari Pekerja kepada semua rakyat Malaysia yang banyak menabur bakti dan memberi jasa kepada negara dengan pekerjaan yang dilakukan untuk meningkatkan kualiti ekonomi, kesihatan dan perjuangan agama dan bangsa tanpa kenal erti lelah.

SALAM AIDILFITRI
SALAM AIDILFITRI 1444H

Semoga Ramadan yang baru sahaja berlalu ini telah menyuburkan ketaqwaan kita dan berjaya mengangkat kesediaan kita untuk menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.

Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia,

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Premis
Iklan kekosongan premis perniagaan Majlis Perbandaran Kuala Selangor.

Iklan kekosongan premis perniagaan Majlis Perbandaran Kuala Selangor.
Tarikh Iklan : 28 Mac 2023
Tarikh tutup permohonan : 06 April 2023
Syarat permohonan seperti yang dipaparkan di tatacara dan syarat permohonan di iklan yang dilampirkan.

LAWATAN KUNJUNG HORMAT MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU KE MPKS
LAWATAN KUNJUNG HORMAT MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU KE MPKS

Majlis Perbandaran Kuala Selangor telah menerima lawatan daripada Majlis Daerah Hulu Terengganu pada 7 Mac 2023 di Dewan Bandar Baru, Kuala Selangor. Tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan penerangan berkaitan penjanaan ekonomi dan sesi perkongsian mengenai kutipan hasil MPKS.

BAKI BAZAR
Permohonan dalam talian baki petak Bazar Ramadan dan Bazar Raya

PEMAKLUMAN

Permohonan dalam talian baki petak Bazar Ramadan dan Bazar Raya 1444H/2023M dibuka semula bermula 6 Mac 2023 9 (Jam 3.00 petang) sehingga 10 Mac 2023 ( jam 12.00 t/hari) di https://ip3ks.mpks.gov.my/

25,223
MPKS CIPTA REKOD BAHARU MBOR, PENANAMAN 25,223 POKOK SIANTAN

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah menganjurkan program Hijau Lestari 2023 yang menyasarkan penanaman 25,223 pokok siantan untuk mencipta rekod Malaysia Book of Record (MBOR) berlangsung pada 25 Februari 2023, jam 8.00 pagi di Forest Park, Bandar Hillpark Puncak Alam.