Color
Text
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

JOM KITAR SEMULA 2026: PROGRAM PENGUMPULAN E-WASTE DAN MINYAK MASAK TERPAKAI

Ayuh warga Kuala Selangor! Ada banyak barang elektrik rosak atau minyak masak yang dah hitam dekat dapur tu? Jangan buang merata-rata. Jual kepada kami dan jadikan ia wang ringgit!

Program ini akan berlangsung setiap sabtu minggu pertama bermula Mac sehingga Disember 2026. Semak butiran di bawah:

Waktu: Setiap Sabtu Minggu Pertama

Masa: 8.30 Pagi hingga 1.00 Tengah Hari

LOKASI PUSAT KITAR SEMULA:

1. Pusat Kitar Semula Kuala Selangor (Hadapan Parkir Kereta Asrama Sri Tanjong)

2. Pusat Kitar Semula Tanjong Karang (Hadapan Pasar Awam Tanjong Karang)

Kaunter khas disediakan untuk:

* Pengumpulan dan jualan barangan e-waste (telefon bimbit, laptop, tv, dll)

* pengumpulan dan jualan minyak masak terpakai

Ayuh sama-sama kita selamatkan bumi kita. Kuala Selangor Indah dan Bersejarah.

#KualaSelangor #IndahdanBersejarah #MPKS