Color
Text

Arkib Pengumuman

PEMAKLUMAN OPERASI PELANCONGAN
PEMAKLUMAN OPERASI PELANCONGAN

PEMAKLUMAN

Orang ramai dimaklumkan bahawa operasi pusat pelancongan di bawah seliaan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) akan ditutup sementara sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026M seperti berikut:

📍 Bukit Malawati

JOM KITAR SEMULA 2026: PROGRAM PENGUMPULAN E-WASTE DAN MINYAK MASAK TERPAKAI
JOM KITAR SEMULA 2026: PROGRAM PENGUMPULAN E-WASTE DAN MINYAK MASAK TERPAKAI

Ayuh warga Kuala Selangor! Ada banyak barang elektrik rosak atau minyak masak yang dah hitam dekat dapur tu? Jangan buang merata-rata. Jual kepada kami dan jadikan ia wang ringgit!

Program ini akan berlangsung setiap sabtu minggu pertama bermula Mac sehingga Disember 2026. Semak butiran di bawah:

Waktu: Setiap Sabtu Minggu Pertama

Masa: 8.30 Pagi hingga 1.00 Tengah Hari

PERMOHONAN PENGECUALIAN CUKAI TAKSIRAN KEDIAMAN KAMPUNG BERSASAR 2026
PERMOHONAN PENGECUALIAN CUKAI TAKSIRAN KEDIAMAN KAMPUNG BERSASAR 2026

PEMAKLUMAN

Adalah dimaklumkan Permohonan Pengecualian Kediaman Kampung Bersasar 2026 telah dibuka.  Pemilik-pemilik kediaman kampung yang layak boleh mengemukakan borang permohonan dan dokumen sokongan ke Kaunter 3, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Majlis Perbandaran Kuala Selangor.

Sila hubungi 03-32891439/ 1549/ 2340 sambungan 295 untuk pertanyaan lanjut. Terima kasih. 

SALAM NUZUL AL-QURAN
SALAM NUZUL AL-QURAN

Mempelajari Al-Quran dan mengamalkan isi kandungannya merupakan kunci kejayaan di dunia dan akhirat. Marilah kita sama-sama menghayati peristiwa agung turunnya Al-Quran sebagai panduan hidup yang abadi.

Tulus ikhlas daripada Yang Dipertua, Setiausaha, Ahli-Ahli Majlis serta seluruh warga kerja Majlis Perbandaran Kuala Selangor.

SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH
SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Tuan Mohd Faizal bin Abdul Raji di atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Sepang berkuatkuasa pada 2 Mac 2026.

Tulus ikhlas daripada Yang Dipertua, Setiausaha, Ahli-Ahli Majlis serta seluruh warga kerja Majlis Perbandaran Kuala Selangor.

PEMBERITAHUAN: PENUTUPAN SEMENTARA PUSAT PELANCONGAN SANTUARI KELIP-KELIP, KG. KUANTAN
PEMBERITAHUAN: PENUTUPAN SEMENTARA PUSAT PELANCONGAN SANTUARI KELIP-KELIP, KG. KUANTAN

PEMBERITAHUAN: PENUTUPAN SEMENTARA PUSAT PELANCONGAN SANTUARI KELIP-KELIP, KG. KUANTAN

Makluman kepada semua pengunjung, Pusat Pelancongan Santuari Kelip-Kelip, Kampung Kuantan akan ditutup sementara pada tarikh berikut:

Tarikh: 5 Mac 2026 (Khamis)

Sebab: Kerja-kerja penyelenggaraan

IKLAN KEKOSONGAN PREMIS PERNIAGAAN MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR
IKLAN KEKOSONGAN PREMIS PERNIAGAAN MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR

Iklan kekosongan premis perniagaan Majlis Perbandaran Kuala Selangor.
Tarikh Iklan :02 Mac 2026
Tarikh tutup permohonan : 13 Mac 2026
Syarat permohonan seperti yang dipaparkan di tatacara dan syarat permohonan di iklan yang dilampirkan.

PROGRAM EDARAN BUBUR LAMBUK RUMPUN SELANGOR DAERAH KUALA SELANGOR
PROGRAM EDARAN BUBUR LAMBUK RUMPUN SELANGOR DAERAH KUALA SELANGOR

Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Jawatankuasa Tetap Kemajuan Desa, Luar Bandar dan Kemampanan Kampung Tradisi akan menganjurkan siri Program Agihan Bubur Lambuk Rumpun Selangor bersama YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor dan YB Dato’ Hj. Rizam bin Hj. Ismail, EXCO Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Negeri Selangor. Program akan berlangsung pada butiran berikut:-

SALAM RAMADAN AL-MUBARAK 1447H
SALAM RAMADAN AL-MUBARAK 1447H

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa kepada seluruh warga Kuala Selangor yang beragama Islam.

Semoga Ramadan yang mulia ini membawa keberkatan, ketenangan dan keampunan buat kita semua. Mudah-mudahan setiap amal ibadah yang dilaksanakan diterima serta menjadi asbab meningkatkan keimanan dan ketakwaan.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh warga Kuala Selangor yang meraikannya. Semoga perayaan ini membawa sinar kebahagiaan, kemakmuran dan kesejahteraan buat anda sekeluarga.

Gong Xi Fa Cai! Semoga tahun baharu ini dilimpahi rezeki yang berpanjangan, kesihatan yang baik serta kejayaan dalam setiap usaha yang dilaksanakan.

PEMAKLUMAN WAKTU OPERASI TREM (17 FEBRUARI 2026)
PEMAKLUMAN WAKTU OPERASI TREM (17 FEBRUARI 2026)

​Pemakluman, perkhidmatan trem akan beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja pada 17 Februari 2026 ini sempena Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan.

NOTIS PEMBERITAHUAN: WAKTU OPERASI PERKHIDMATAN TREM SEPANJANG BULAN RAMADAN
NOTIS PEMBERITAHUAN: WAKTU OPERASI PERKHIDMATAN TREM SEPANJANG BULAN RAMADAN

📢 NOTIS PEMBERITAHUAN: WAKTU OPERASI PERKHIDMATAN TREM SEPANJANG BULAN RAMADAN 🌙

JOM NAIK TREM BUKIT MALAWATI
JOM NAIK TREM BUKIT MALAWATI

Rancang percutian anda sempena Tahun Baru Cina dan cuti sekolah dengan pengalaman unik menaiki Trem Bukit Malawati 🛤️✨

NOTIS PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEMUA SALURAN PEMBAYARAN SEWAAN PREMIS
NOTIS PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEMUA SALURAN PEMBAYARAN SEWAAN PREMIS

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) memaklumkan bahawa urusan pembayaran sewaan premis bagi semua saluran akan ditutup mulai 03 Februari 2026 sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak kerana terdapat masalah teknikal.

Pertanyaan lanjut, sila hubungi:

SELAMAT MENYAMBUT HARI THAIPUSAM KEPADA SELURUH PENGANUT HINDU
SELAMAT MENYAMBUT HARI THAIPUSAM KEPADA SELURUH PENGANUT HINDU

Semoga perayaan yang penuh makna ini membawa keberkatan, kesejahteraan serta mengeratkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di Daerah Kuala Selangor.

Ikhlas daripada Yang Dipertua, Setiausaha dan Ahli-Ahli Majlis serta Warga Kerja Majlis Perbandaran Kuala Selangor