Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

HARI BERTEMU PELANGGAN MPKS SECARA DALAM TALIAN

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) akan menganjurkan Hari Bertemu Pelanggan MPKS Secara Dalam Talian pada 12 & 13 September 2026.

Program ini membuka ruang kepada orang awam untuk berinteraksi secara langsung bersama MPKS serta menyalurkan cadangan, pandangan dan penambahbaikan melalui ruangan komen di Facebook Rasmi MPKS.

Dalam masa yang sama, pelbagai inisiatif dan tawaran istimewa disediakan kepada pelanggan:

1. Tawaran RM10 kompaun letak kereta sebelum tindakan mahkamah

1 Ogos – 30 September 2026

2. Pengecualian denda lewat sewa premis – potongan 100%

1 Ogos – 15 September 2026

3. Kempen Pengurangan Kompaun Pelbagai MPKS – potongan 50%

7 Ogos – 16 September 2026

Lebih menarik, 30 pelanggan bertuah berpeluang menerima hadiah istimewa.

Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama menyampaikan pandangan dan cadangan anda demi penambahbaikan perkhidmatan serta mewujudkan perbandaran yang lebih mesra, responsif dan berorientasikan rakyat.

Jumpa anda di Facebook Rasmi MPKS pada 12 & 13 September 2026!

#MPKS #KualaSelangor #IndahdabBersejarah 

HARI BERTEMU PELANGGAN MPKS SECARA DALAM TALIAN