Color
Text
 

Scan for Online Application Payment (iP3KS)

Scan for Online Application Payment (iP3KS)

Cukai Taksiran

Cara Cara Bayaran

Bayaran boleh dibuat dengan menyertakan bil terkini yang asal atau yang dicetak melalui laman web Majlis Perbandaran Kuala Selangor (Sistem iP3KS MPKS).

Bayaran boleh dibuat di kaunter-kaunter:

     a) Kaunter Bayaran Pejabat Utama Majlis Perbandaran Kuala Selangor.

     b) Kaunter bergerak berjadual MPKS:

Kaunter Hari Urusan

Kaunter Bergerak Di Tapak Pasar Tanjung Karang

Isnin 

9.00 pagi - 12.00 tengahari

Kaunter Bergerak Di Tapak Pasar Desa Coalfields

Isnin

4.00 petang - 6.00 petang

Kaunter Bergerak Di Bestari Jaya

Jumaat

4.00 petang - 6.00 petang

Hadapan Central Mart, Saujana Utama Ahad 9.30 pagi - 1.00 petang
Pejabat Cawangan Gerai Astana Alam, Fasa 3

Isnin - Jumaat

Waktu Tambahan

Rabu

8.00 pagi - 4.30 petang

Waktu Tambahan

5.00 petang - 8.00 malam

    c) Bank Islam Malaysia Berhad di seluruh Malaysia.

    d) FPX Online.

    e) Maybank2u Online dan CIMB Clicks.

  1. Bayaran yang diposkan menggunakan cek/kiriman wang/bank draf dan sebagainya, hendaklah dipalang  "tidak boleh diniaga" dan dibayar atas nama "Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor".
  2. Pemilik adalah diwajibkan memberitahu Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) di atas pertukaran hak milik bagi harta-harta dalam kawasan MPKS dengan melengkapkan borang I/J. Peruntukan dalam Seksyen 180 Akta Kerajaan Tempatan 1976 ada menyatakan bahawa pemilik boleh dikenakan denda sebanyak RM 2,000.00 @ enam bulan penjara @ kedua-duanya sekali jika gagal berbuat demikian.
  3. Sekiranya terdapat pertukaran alamat terkini sila lengkapkan borang pertukaran surat menyurat yang boleh dimuat turun melalui portal MPKS.

Peringatan Penting

  1. Bil cukai taksiran mestilah dibayar secara pendahuluan bagi setengah tahun pertama sebelum 28 Februari dan setengah tahun kedua sebelum 31 Ogos. Bil-bil berkenaan akan dihantar kepada pemilik-pemilik ke alamat yang tercatat dalam rekod MPKS pada awal setengah tahun yang berkenaan.
  2. Notis tuntutan akan dikeluarkan jika pembayaran tidak dijelaskan bagi setengah tahun pertama selepas 28 Februari dan bagi setengah tahun kedua selepas 31 Ogos tanpa apa-apa amaran lain dengan kadar bayaran notis sebanyak RM20.00 
  3. Pemilik-pemilik adalah diwajibkan memberitahu jabatan ini di atas penukaran pemilik bagi harta-harta termasuk dalam kawasan Majlis Perbandaran Kuala Selangor.
  4. Kalau tuan/puan tidak menerima bil asal, sila datang ke pejabat MPKS untuk mengambil salinannya sebelum tempoh di atas.