| JABATAN PELESENAN |
BAHAGIAN PENTADBIRAN
- Menguruskan rekod cuti dan menyediakan laporan kehadiran kakitangan Jabatan Pelesenan.
- Menguruskan tuntutan elaun kerja lebih masa, tuntutan elaun perjalanan, tuntutan elaun pemandu dan tuntutan perbelanjaan bagi kakitangan Jabatan Pelesenan.
- Menerima dan mengeluarkan surat dan memo berkaitan pentadbiran am Jabatan Pelesenan.
- Melaksanakan pengurusan stor dan kabin fail Jabatan Pelesenan.
- Menerima, merekod dan memberi maklum balas aduan melalui sistem SISPAA.
BAHAGIAN PEMANTAUAN DAN PEMATUHAN
- Menyediakan laporan pemantauan bagi permohonan baharu Lesen Serta-Merta, Lesen Risiko dan Lesen Aktiviti Perniagaan Tanpa Kebenaran.
- Menyediakan laporan pemantauan bagi permohonan pembaharuan Lesen Serta-Merta, Lesen Risiko dan Lesen Aktiviti Perniagaan Tanpa Kebenaran.
- Menyediakan laporan pemantauan bagi permohonan permit sementara.
- Menyertai Operasi Bersepadu yang diadakan.
BAHAGIAN PENJAJA DAN PASAR
- Memproses permohonan tapak penjaja statik dan penjaja sementara.
- Memproses permohonan tapak pasar malam dan pasar pagi.
- Menguruskan bayaran sewa tapak penjaja, pasar malam dan pasar pagi.
- Memproses permohonan tuntutan pengembalian wang cagaran bagi penjaja, pasar malam dan pasar pagi.
- Menguruskan program kutipan caj beg plastik.
BAHAGIAN PERMIT
- Memproses permohonan permit sementara seperti Permit Berniaga Sementara, Permit Perayaan, Permit Buah Bermusim, Permit Hiburan, Permit Khemah dan Permit Kain Rentang dan Gegantung.
- Memproses permohonan tuntutan pengembalian wang cagaran bagi permit sementara.
- Memproses permohonan tapak Bazar Ramadan dan Bazar Raya.
BAHAGIAN PELESENAN
- Memproses permohonan baharu Lesen Serta-Merta, Lesen Risiko dan Lesen Aktiviti Perniagaan Tanpa Kebenaran.
- Memproses permohonan pembaharuan Lesen Serta-Merta, Lesen Risiko dan Lesen Aktiviti Perniagaan Tanpa Kebenaran.
- Memproses permohonan pindaan lesen (seperti tukar nama lesen, tukar nama syarikat, tukar papan iklan, tukar aktiviti perniagaan dan tukar alamat premis) dan permohonan tred perniagaan (seperti Permit Kaki Lima, Permit Meletak Meja, Permit Tempat Meletak Kenderaan dan Permit Tempat Awam) bagi Lesen Serta-Merta, Lesen Risiko dan Lesen Aktiviti Perniagaan Tanpa Kebenaran.
- Memproses permohonan tuntutan pengembalian wang cagaran bagi Lesen Serta-Merta, Lesen Risiko dan Lesen Aktiviti Perniagaan Tanpa Kebenaran.
- Menyediakan kertas kerja dan kertas minit mesyuarat Jawatankuasa Kawalan Perniagaan dan Kesihatan dan memainkan peranan sebagai urus setia mesyuarat.
|