Arkib Pengumuman

DIGI-TALK BAJET 2026 MPKS

JOM MERIAHKAN HARI KELIP-KELIP SEDUNIA 2025!

Marilah kita bersama-sama memperkukuh ukhuwah, menegakkan perpaduan serta mengamalkan ajaran Rasulullah SAW demi kesejahteraan ummah.
Tulus ikhlas daripada Yang Dipertua, Setiausaha, Ahli-Ahli Majlis & Warga Kerja MPKS

Pemakluman.
Penutupan sementara semua saluran pembayaran dalam talian bagi memberi laluan kerja-kerja menaiktaraf core switch di pusat data Majlis Perbandaran Kuala Selangor. Segala kesulitan yang dialami amatlah dikesali.
Sekian, terima kasih.

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menjemput orang ramai untuk bersama-sama menyertai Hari Bertemu Pelanggan MPKS yang akan diadakan secara maya pada 5 & 6 September 2025 melalui Facebook Rasmi MPKS.
Hadiah istimewa juga menanti 30 pelanggan bertuah yang menyertai secara maya!

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-68 kepada seluruh rakyat Malaysia.
Semoga semangat perpaduan, kemerdekaan dan kecintaan kepada negara terus subur dalam sanubari kita semua demi Malaysia yang lebih maju, sejahtera dan harmoni.

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2025
Inilah masanya kita berkumpul sebagai satu negara, menyemarakkan warna Jalur Gemilang di langit biru Putrajaya.

๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐-๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐

Ayuh seluruh warga Kuala Selangor! Sempena sambutan Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2025, Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mengajak semua bangunan kerajaan, premis perniagaan dan kediaman untuk bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang bermula dari 1 Ogos 2025 hingga 16 September 2025.
Tunjukkan semangat cintakan negara dan kebanggaan sebagai rakyat Malaysia!

ULANG TAHUN KE-4 PERBANDARAN KUALA SELANGOR
15 Julai โ 9 Ogos 2025
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) bakal menyambut ulang tahun ke-4 Perbandaran Kuala Selangor pada 7 Ogos 2025! Sertai kami dalam pelbagai aktiviti menarik sepanjang kempen ini!
Antara aktiviti menarik:

SEMINAR PENGENDALIAN MAKANAN DAERAH KUALA SELANGOR
Sempena Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2025 dan sambutan 4 Tahun Perbandaran Kuala Selangor, Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) melalui Jabatan Kesihatan dan Persekitaran akan menganjurkan seminar khas untuk pengendali makanan di daerah Kuala Selangor.

ALTINGSBURG NIGHT RUN 2025
Jom sertai larian malam sejauh 5KM yang penuh bersejarah di sekitar Bukit Malawati!
Tarikh: 9 Ogos 2025 (Sabtu)

PROGRAM USAHAWAN DIGITAL 2025
Jom kuasai kemahiran asas usahawan digital menggunakan aplikasi CANVA!

TAWARAN MENGELOLA AKTIVITI PERNIAGAAN DI DATARAN MALAWATI, KUALA SELANGOR.

PEMAKLUMAN
Mulai 16 Julai 2025, permohonan Lesen Risiko (Komposit), tuntutan Wang Cagaran, dan Permit Penggambaran boleh dibuat secara dalam talian.
Mudah | Pantas | Selamat
Sistem eLesen MPKS memudahkan urusan lesen untuk individu dan syarikat.