REBAT CUKAI TAKSIRAN – INSENTIF KEDIAMAN MESRA ALAM SEKITAR
Jadikan kediaman anda lebih hijau dan mampan, sambil menikmati manfaat rebat cukai taksiran melalui pelaksanaan inisiatif mesra alam di kediaman.
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mempelawa pemilik kediaman dalam kawasan pentadbiran MPKS untuk membuat permohonan Rebat Cukai Taksiran (Insentif Kediaman Mesra Alam Sekitar) bagi tahun 2026.
Antara inisiatif yang layak dipertimbangkan adalah:
1. Pemasangan solar di kediaman – RM300
2. Peralatan jimat tenaga 5 bintang – RM30
3. Penuaian air hujan – RM30
4. Kenderaan elektrik berdaftar JPJ – RM150
5. Amalan kitar semula – RM30
6. Mesin kompos domestik – RM30
7. Pelupusan kenderaan melebihi 10 tahun – RM30
INSENTIF MAKSIMUM: RM600
Pemberian adalah secara one-off sepanjang program, manakala pemasangan/pembelian/pelaksanaan hendaklah bermula 1 Januari 2026 dan tertakluk kepada terma serta syarat yang ditetapkan.
Inisiatif ini merupakan usaha memperkukuh amalan kehidupan hijau serta menyokong aspirasi Bandar Rendah Karbon di Negeri Selangor.
Tarikh tutup permohonan: 31 OKTOBER 2026
Borang permohonan dan maklumat lanjut boleh diperoleh melalui pautan berikut:
BORANG PERMOHONAN REBAT CUKAI TAKSIRAN: https://drive.google.com/.../1fcw0i6HfHClFCFeC7FEpSN.../view
Borang yang lengkap diisi perlu dihantar di kaunter Jabatan Perancangan Pembangunan atau e-mel kepada umizuhirah@mpks.gov.my dan ali@mpks.gov.my
Jom bersama-sama menjadikan kediaman kita lebih hijau, lestari dan mesra alam.
#MPKS #KualaSelangor #RebatCukaiTaksiran #KediamanMesraAlamSekitar #BandarRendahKarbon #KitaSelangor #SelangorMampan
#InisiatifBerdayaTahanSelangor


