Arkib Pengumuman

ULANG TAHUN KE-4 PERBANDARAN KUALA SELANGOR
15 Julai – 9 Ogos 2025
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) bakal menyambut ulang tahun ke-4 Perbandaran Kuala Selangor pada 7 Ogos 2025! Sertai kami dalam pelbagai aktiviti menarik sepanjang kempen ini!
Antara aktiviti menarik:

Salam Maal Hijrah 1447H

PERTANDINGAN SUDUT KITAR SEMULA DAERAH KUALA SELANGOR 2025

JOM SANTAI DI KUALA SELANGOR!

SELAMAT HARI BAPA
Pengorbananmu tak terhitung, kasih sayangmu tiada bandingan. Terima kasih atas segalanya, wahai insan bergelar BAPA.
Tulus ikhlas daripada Yang Dipertua, Setiausaha, Ahli-Ahli Majlis serta seluruh warga kerja Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS)

Semoga Aidiladha kali ini membawa makna pengorbanan, keikhlasan, dan ketulusan hati dalam menjalani kehidupan seharian. Raikan hari mulia ini dengan penuh kesyukuran dan semangat perpaduan.
Tulus ikhlas daripada Yang Dipertua, Setiausaha, Ahli-Ahli Majlis serta seluruh warga kerja Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS)

PENDAFTARAN TELAH DIBUKA

Hari Arafah merupakan hari yang penuh keberkatan dan peluang untuk memperbanyakkan doa, zikir serta amal ibadah. Semoga segala amalan kita diterima dan diberkati oleh Allah SWT.
Tulus ikhlas daripada Yang Dipertua, Setiausaha, Ahli-Ahli Majlis serta seluruh warga kerja Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS)

DIRGAHAYU TUANKU
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi pada 2 Jun 2025 / 5 Zulhijjah 1446H
Sembah takzim daripada Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS).

Selamat Menyambut Hari Tanpa Tembakau Sedunia
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menyokong usaha global dalam meningkatkan kesedaran terhadap bahaya merokok kepada kesihatan. Sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia, marilah kita bersama-sama menjauhi tabiat merokok demi kesihatan diri, keluarga dan masyarakat.
Tinggalkan rokok, selamatkan paru-paru anda!

Khairat Darul Ehsan (KDE) merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang prihatin bertujuan meringankan beban waris dengan pemberian sumbangan khairat kematian sebanyak RM1,000 kepada rakyat Selangor berusia 50 tahun ke atas dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang merupakan pengundi dan menetap di Selangor.
Syarat-syarat permohonan seperti berikut:

Sempena Hari Raya Aidiladha pada Sabtu, 7 Jun 2025, waktu operasi perkhidmatan trem akan bermula dari jam 2.00 petang hingga 6.00 petang sahaja.
Pastikan anda merancang lawatan anda ke Kuala Selangor dengan sebaiknya!
Dikemaskini: 26 Mei 2025

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menjemput anda ke Seminar Wanita 2025 bertemakan:
"Melawan Beban Mental dan Ancaman Siber"
Tarikh: 25 Jun 2025 (Rabu)
Masa: 8.00 pagi – 1.00 tengah hari
Tempat: Dewan Bandar Baru, Kuala Selangor
Penceramah:
En. Kamal Affendi bin Hashim, Penganalisis Jenayah.

Jabatan Kesihatan dan Persekitaran Majlis Perbandaran Kuala Selangor bakal menganjurkan Pertandingan Premis Makanan Bersih 2025 Peringkat Daerah Kuala Selangor pada 9 Jun 2025 hingga 31 Julai 2025.
Pertandingan ini bertujuan meningkatkan tahap kebersihan premis makanan dan keselamatan makanan di dalam daerah Kuala Selangor. Selain itu, untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman dalam kalangan pengendali makanan di premis makanan.