Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

ALTINGSBURG FUN RUN KEMBALI!

Jom sertai Altingsburg Fun Run 2026 sempena Hari Tanpa Kenderaan MPKS 2026 dan sambutan Ulang Tahun Ke-5 Perbandaran Kuala Selangor.

Ayuh bersama-sama mengamalkan gaya hidup sihat sambil menikmati suasana pagi di sekitar Kuala Selangor dalam larian santai sejauh 5KM. Menariknya, setiap peserta akan menerima T-shirt, medal penyertaan serta berpeluang memenangi cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik.

Maklumat Program

Tarikh: 8 Ogos 2026 (Sabtu)

Masa: 7.00 pagi

Lokasi: Dataran Malawati, Kuala Selangor

Yuran Penyertaan: RM35 seorang

SYARAT PENGESAHAN PENDAFTARAN

Pendaftaran peserta hanya akan disahkan setelah pembayaran penuh diselesaikan. Sila ikuti langkah pendaftaran seperti berikut:

Langkah 1: Layari portal rasmi MyComm di pautan https://mycomm.mpks.gov.my

Langkah 2: Daftar akaun pengguna/peserta baharu (sekiranya belum ada).

Langkah 3: Pergi ke bahagian Program Anjuran MPKS dan pilih LARIAN ALTINGSBURG FUN RUN SEMPENA HARI TANPA KENDERAAN MPKS 2026.

Langkah 4: Klik "Sertai" untuk membuat pendaftaran dan pembayaran.

Langkah 5: Selepas pembayaran, sila sertai group WhatsApp untuk hebahan maklumat terkini tentang larian ini : https://chat.whatsapp.com/HIxUfo3YTlP58hboINpzcU?s=qt&p=i...

Tarikh tutup penyertaan: 30 Julai 2026.

Imbas kod QR pada poster atau layari portal MyComm MPKS untuk mendaftar sekarang. Tempat adalah terhad!

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Sakinah

03-3289 1439 samb. 169

#MPKS #KualaSelangor #IndahDanBersejarah #UlangTahunKe5MPKS #PerbandaranPintardanInklusifKeArahKesejahteraanRakyat #KarnivalJomSantai2026 #MalaysiaMADANI #KitaSelangor