Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

PEMAKLUMAN | PERMOHONAN PERMIT BERNIAGA SEMENTARA (UiTM/MALL/LUAR PREMIS) DALAM TALIAN KINI DIBUKA

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) memaklumkan bahawa permohonan Permit Berniaga Sementara (UiTM/Mall/Luar Premis) kini boleh dibuat secara dalam talian bermula 20 Julai 2026 (Isnin).

Permit ini adalah bagi permohonan perniagaan sementara untuk menjalankan aktiviti seperti promosi, pameran, pemasangan khemah, penggunaan kaki lima, serta penggunaan tempat letak kenderaan di hadapan atau di dalam premis perniagaan. Permit ini juga meliputi aktiviti perniagaan sementara di premis pusat pengajian (UiTM) atau pasar raya yang menyediakan tapak perniagaan.

Permohonan boleh dibuat melalui:

(https://elesen.mpks.gov.my/)

Sebarang pertanyaan:

Permohonan Permit Berniaga Sementara

Jabatan Pelesenan, MPKS

03-3289 1439 samb. 156

Pertanyaan Teknikal Sistem:

Unit Teknologi Maklumat, MPKS

03-3289 1439 samb. 107

#MPKS #KualaSelangor #IndahdanBersejarah #PelesenanMPKS #PermitBerniaga #eLesenMPKS