Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

PENCARIAN VENDOR EKSPO PERKAHWINAN MPKS 2026

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) membuka peluang kepada usahawan dan penyedia perkhidmatan perkahwinan untuk menyertai Ekspo Perkahwinan "Cinta Abadi Tiga Budaya" MPKS 2026 yang akan berlangsung pada 23 hingga 25 Oktober 2026 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Kuala Selangor.

Kami menjemput penyertaan daripada pelbagai kategori vendor seperti butik pengantin, pelamin dan dekorasi, katering, fotografi dan videografi, solekan dan dandanan, kad kahwin, cenderahati, DJ/PA sistem, kanopi, barang kemas serta lain-lain perkhidmatan berkaitan industri perkahwinan.

Ini adalah peluang terbaik untuk mempromosikan perniagaan anda, memperluaskan rangkaian pelanggan serta meningkatkan jualan melalui platform yang menghimpunkan bakal pengantin dan pengunjung dari pelbagai etnik dan kawasan.

Imbas kod QR pada poster untuk membuat pendaftaran. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 16 Ogos 2026. Tempah reruai anda sekarang sebelum terlambat!

#MPKS #KualaSelangor #IndahDanBersejarah #EkspoPerkahwinanMPKS2026 #CintaAbadiTigaBudaya #VendorPerkahwinan #JomSertaiKami #PerbandaranPintarDanInklusifKeArahKesejahteraanRakyat