PERMOHONAN TAPAK PASAR PAGI/MALAM MPKS DIBUKA!
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mempelawa warganegara Malaysia yang berminat untuk memohon tapak Pasar Pagi/Malam di kawasan-kawasan yang mempunyai kekosongan melalui permohonan secara dalam talian.
Tempoh permohonan dibuka mulai 22 Julai 2026 hingga 29 Julai 2026.
Antara lokasi yang ditawarkan ialah:
• Pasar Pagi Tanjong Karang
• Pasar Malam Tanjong Karang
• Pasar Malam Pasir Penambang
• Pasar Malam Bandar Baru
• Pasar Malam Kuala Selangor
• Pasar Malam Bukit Rotan
• Pasar Malam Kampung Kuantan
• Pasar Malam Taman Industri Alam Jaya
• Pasar Malam Desa Coalfields
Syarat permohonan:
• Warganegara Malaysia (keutamaan kepada penduduk Daerah Kuala Selangor)
• Berumur 18 tahun ke atas
• Setiap pemohon hanya dibenarkan mengemukakan satu (1) permohonan sahaja. Permohonan seterusnya akan ditolak.
• Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian. Hanya permohonan bagi tapak yang diiklankan akan diproses.
Permohonan boleh dibuat dengan mengimbas kod QR pada poster atau melalui pautan:
[https://elesen.mpks.gov.my/](https://elesen.mpks.gov.my/)
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Jabatan Pelesenan MPKS di talian 03-3289 1439 samb. 157.
#MPKS #KualaSelangor #IndahdanBersejarah #PasarPagi #PasarMalam #eLesenMPKS


