JOM SANTAI KUALA SELANGOR 2026 KEMBALI LAGI!
JOM SANTAI KUALA SELANGOR 2026 KEMBALI LAGI!
Sempena sambutan Ulang Tahun Ke-5 Perbandaran Kuala Selangor, Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menjemput seluruh warga Kuala Selangor dan pengunjung dari dalam serta luar daerah untuk memeriahkan Karnival Jom Santai Kuala Selangor 2026 yang akan berlangsung pada 7 hingga 8 Ogos 2026 di Dataran Malawati, Kuala Selangor.
Pelbagai aktiviti menarik menanti anda seisi keluarga, antaranya:
• Kuala Selangor Berselawat
• Jom Makan Sate Kerang Kuala Selangor 2026 dengan sasaran 5,555 cucuk sate kerang bagi penciptaan rekod Malaysia Book of Records
• Hari Bersama Pelanggan MPKS
• Hari Tanpa Kenderaan
• Jualan Rahmah Madani
• Eksplorasi Kanak-Kanak
• Pertandingan Mewarna
• Pertandingan Jigsaw Puzzle
• Pertandingan Video Menarik "Jom Santai Kuala Selangor"
• Jejak Warisan
• SABDA Idol
• Persembahan pentas bersama Inteam dan UNIC
• Cabutan bertuah serta pelbagai aktiviti dan jualan menarik.
Turut disediakan pelbagai pameran agensi kerajaan, jualan pokok, food truck, pertandingan, permainan interaktif dan pelbagai lagi pengisian menarik sepanjang dua hari karnival berlangsung.
Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan sambutan ini bersama keluarga dan rakan-rakan.
Tarikh: 7–8 Ogos 2026
Masa: Mengikut jadual program
Tempat: Dataran Malawati, Kuala Selangor
Jumpa anda di Karnival Jom Santai Kuala Selangor 2026!
#MPKS #KualaSelangor #IndahDanBersejarah #UlangTahunKe5MPKS #PerbandaranPintardanInklusifKeArahKesejahteraanRakyat #KarnivalJomSantai2026 #MalaysiaMADANI #KitaSelangor
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS

