Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

PERMOHONAN TAPAK PENJAJA KECIL SEMENTARA MPKS DIBUKA!

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mempelawa warganegara Malaysia yang berminat untuk memohon Tapak Penjaja Kecil Sementara di lokasi-lokasi yang mempunyai kekosongan melalui permohonan secara dalam talian.

Permohonan dibuka mulai 22 Julai 2026 hingga 29 Julai 2026.

Antara kawasan yang ditawarkan ialah:

• Tanjung Karang

• Kuala Selangor

• Pantai Remis

• Puncak Alam

• Saujana Utama

Syarat permohonan:

• Warganegara Malaysia (keutamaan kepada penduduk Daerah Kuala Selangor).

• Berumur 18 tahun ke atas.

• Setiap pemohon hanya dibenarkan mengemukakan satu (1) permohonan sahaja. Permohonan seterusnya akan ditolak secara automatik.

• Semua permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian dan hanya permohonan bagi tapak yang diiklankan akan diproses.

Orang ramai boleh membuat permohonan dengan mengimbas kod QR pada poster atau terus ke portal eLesen MPKS di:

[https://elesen.mpks.gov.my/](https://elesen.mpks.gov.my/)

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Jabatan Pelesenan, Majlis Perbandaran Kuala Selangor di talian 03-3289 1439 samb. 157.

#MPKS #KualaSelangor #IndahdanBersejarah #TapakPenjaja #PenjajaKecilSementara #eLesenMPKS 

PERMOHONAN TAPAK PENJAJA KECIL SEMENTARA MPKS DIBUKA!