Color
Text

Arkib Pengumuman

TANAM 25,223 POKOK SIANTAN, MPKS
TANAM 25,223 POKOK SIANTAN, MPKS BAKAL CIPTA REKOD MBOR

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) bakal mencipta rekod Malaysia Book of Record (MBOR) dengan menyasarkan penanaman 25,223 pokok siantan sempena program Hijau Lestari 2023 yang akan berlangsung pada 25 Februari 2023, jam 8.00 pagi di Forest Park, Bandar Hillpark Puncak Alam.

Acara ini bertujuan untuk menghijaukan kawasan bandar dan mewujudkan perancangan bandar yang sihat dan berdaya huni.

Digital GoPayy
Kupon Digital GoPayy

Selain menggunakan aplikasi telefon pintar, bayaran caj tempat letak kereta di Kuala Selangor boleh juga dibuat dengan menggunakan kupon digital GoPayy.

Penggunaan kupon digital ini amat mudah, pantas dan selamat. Antara kelebihan menggunakan Kupon Digital GoPayy adalah:

Saluran Aduan Awam MPKS
Saluran Aduan Awam MPKS

Bermula 1 Januari 2023 sebarang aduan, cadangan, pertanyaan dan penghargaan boleh disalurkan melalui pautan https://mpks.spab.gov.my

Pemakluman Arahan Pemakaian Pelitup Muka
Pemakluman Arahan Pemakaian Pelitup Muka

Merujuk kepada arahan Kerajaan Negeri Selangor mensyaratkan pemakaian pelitup muka kepada penyedia, pengendali makanan dan minuman di Selangor berkuatkuasa 1 Januari 2023.

Semua penyedia dan pengendali makanan di Negeri Selangor diwajibkan mematuhi arahan tersebut sebagai salah satu kaedah untuk menjaga kebersihan.

Tindakan kompaun akan dikenakan kepada mereka yang ingkar arahan tersebut yang menjadi antara syarat bagi kelulusan lesen perniagaan.

Permohonan Bazar Ramadan dan Bazar Raya 2023
Permohonan Bazar Ramadan dan Bazar Raya 2023

PEMAKLUMAN

Permohonan Bazar Ramadan dan Bazar Raya akan dibuka bermula 5 Januari 2023 (jam 12.00 tengahari) hingga 19 Januari 2023

Permohonan adalah secara dalam talian di https://ip3ks.mpks.gov.my/

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Jabatan Pelesenan MPKS di talian 03-32891439 samb 184.