Color
Text
 

Scan for Online Application Payment (iP3KS)

Scan for Online Application Payment (iP3KS)

Arkib Pengumuman

Operasi
OPERASI BERSEPADU KILANG TANPA KEBENARAN DI JALAN ABDUL AZIZ, IJOK.

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah menjalankan operasi bersepadu kilang tanpa kebenaran di Jalan Abdul Aziz, Ijok pada 14 Februari 2023.

Operasi diadakan ekoran maklumat yang diterima oleh orang awam dan risikan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta MPKS mendapati kilang tersebut beroperasi semula walaupun telah diambil tindakan sebelum ini pada 19 Januari 2023 yang lalu.

AINS
Jom Sertai Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) Peringkat Daerah Kuala Selangor Tahun 2023

Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor akan mengadakan Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) bagi tahun 2023. AINS diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada semua penduduk di Negeri Selangor yang merangkumi Sektor Awam, Sektor Swasta, Akar Umbi, Sekolah, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam mencetus idea baharu yang kreatif dan inovatif ke arah pembudayaan inovasi di Negeri Selangor.

Perasmian Hospital Tanjong Karang
Majlis Perasmian Hospital Tanjong Karang

Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-haj hari ini berkenan merasmikan Hospital Tanjong Karang.

Baginda dalam titahnya sukacita dengan pembinaan kemudahan terbaharu itu bagi memudahkan penduduk sekitar menerima akses perkhidmatan perubatan yang lebih baik serta berkesan.

Selamat Menyambut Hari Thaipusam

Semoga sambutan Hari Thaipusam pada tahun ini dapat mengeratkan hubungan dan menjalin perpaduan yang utuh dalam kehidupan rakyat Malaysia. Tulus ikhlas daripada Yang Dipertua, Setiausaha dan Ahli-Ahli Majlis serta seluruh Warga Kerja Majlis Perbandaran Kuala Selangor

PENUTUPAN SEMENTARA SALURAN PEMBAYARAN PBTPAY MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR

Perkhidmatan Bayaran Cukai, Kompaun di saluran pembayaran PBTPay akan ditutup sementara bagi melaksanakan kerja – kerja penyelenggaraan server dan pengemaskinian data pada ketetapan berikut:

Tarikh : 3 Februari 2023 sehingga 6 Februari 2023

Masa : 3 Petang sehingga selesai

TANAM 25,223 POKOK SIANTAN, MPKS
TANAM 25,223 POKOK SIANTAN, MPKS BAKAL CIPTA REKOD MBOR

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) bakal mencipta rekod Malaysia Book of Record (MBOR) dengan menyasarkan penanaman 25,223 pokok siantan sempena program Hijau Lestari 2023 yang akan berlangsung pada 25 Februari 2023, jam 8.00 pagi di Forest Park, Bandar Hillpark Puncak Alam.

Acara ini bertujuan untuk menghijaukan kawasan bandar dan mewujudkan perancangan bandar yang sihat dan berdaya huni.

Digital GoPayy
Kupon Digital GoPayy

Selain menggunakan aplikasi telefon pintar, bayaran caj tempat letak kereta di Kuala Selangor boleh juga dibuat dengan menggunakan kupon digital GoPayy.

Penggunaan kupon digital ini amat mudah, pantas dan selamat. Antara kelebihan menggunakan Kupon Digital GoPayy adalah:

Saluran Aduan Awam MPKS
Saluran Aduan Awam MPKS

Bermula 1 Januari 2023 sebarang aduan, cadangan, pertanyaan dan penghargaan boleh disalurkan melalui pautan https://mpks.spab.gov.my

Pemakluman Arahan Pemakaian Pelitup Muka
Pemakluman Arahan Pemakaian Pelitup Muka

Merujuk kepada arahan Kerajaan Negeri Selangor mensyaratkan pemakaian pelitup muka kepada penyedia, pengendali makanan dan minuman di Selangor berkuatkuasa 1 Januari 2023.

Semua penyedia dan pengendali makanan di Negeri Selangor diwajibkan mematuhi arahan tersebut sebagai salah satu kaedah untuk menjaga kebersihan.

Tindakan kompaun akan dikenakan kepada mereka yang ingkar arahan tersebut yang menjadi antara syarat bagi kelulusan lesen perniagaan.

Permohonan Bazar Ramadan dan Bazar Raya 2023
Permohonan Bazar Ramadan dan Bazar Raya 2023

PEMAKLUMAN

Permohonan Bazar Ramadan dan Bazar Raya akan dibuka bermula 5 Januari 2023 (jam 12.00 tengahari) hingga 19 Januari 2023

Permohonan adalah secara dalam talian di https://ip3ks.mpks.gov.my/

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Jabatan Pelesenan MPKS di talian 03-32891439 samb 184.