Color
Text

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh warga Kuala Selangor yang meraikannya. Semoga perayaan ini membawa sinar kebahagiaan, kemakmuran dan kesejahteraan buat anda sekeluarga.

Gong Xi Fa Cai! Semoga tahun baharu ini dilimpahi rezeki yang berpanjangan, kesihatan yang baik serta kejayaan dalam setiap usaha yang dilaksanakan.

Marilah kita terus memupuk semangat perpaduan, hormat-menghormati dan kebersamaan demi Kuala Selangor yang indah dan bersejarah.

Ikhlas daripada Yang Dipertua, Setiausaha, Ahli-Ahli Majlis serta seluruh warga kerja Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS)