SALAM RAMADAN AL-MUBARAK 1447H
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa kepada seluruh warga Kuala Selangor yang beragama Islam.
Semoga Ramadan yang mulia ini membawa keberkatan, ketenangan dan keampunan buat kita semua. Mudah-mudahan setiap amal ibadah yang dilaksanakan diterima serta menjadi asbab meningkatkan keimanan dan ketakwaan.
Marilah kita bersama-sama menghayati bulan penuh rahmat ini dengan memperbanyakkan amalan kebaikan, memperkukuh silaturahim dan menyemarakkan semangat kebersamaan dalam komuniti.
Ikhlas daripada Yang Dipertua, Setiausaha, Ahli-Ahli Majlis serta seluruh warga kerja
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS)
#KualaSelangor #IndahdanBersejarah #MPKS
