PROGRAM EDARAN BUBUR LAMBUK RUMPUN SELANGOR DAERAH KUALA SELANGOR
Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Jawatankuasa Tetap Kemajuan Desa, Luar Bandar dan Kemampanan Kampung Tradisi akan menganjurkan siri Program Agihan Bubur Lambuk Rumpun Selangor bersama YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor dan YB Dato’ Hj. Rizam bin Hj. Ismail, EXCO Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Negeri Selangor. Program akan berlangsung pada butiran berikut:-
24 Februari 2026 | Selasa | 06 Ramadan 1447H
4.00 petang
Bazar Ramadan Hadapan Lotus’s Kuala Selangor
1,000 bekas bubur lambuk akan diedarkan kepada orang ramai
Ayuh bersama kita menyemarakkan semangat Ramadan.
#MPKS #KualaSelangor #IndahdanBersejarah
