Color
Text
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

PEMAKLUMAN PENUTUPAN SALURAN BAYARAN DALAM TALIAN

Majlis Perbandaran Kuala Selangor ingin memaklumkan bahawa semua saluran bayaran dalam talian akan ditutup sementara bagi tujuan kerja-kerja naik taraf server.

Penutupan ini akan berlangsung seperti berikut:

📅 Tarikh: 30 Mac 2026 (Isnin)

⏰ Masa: 6.00 petang hingga 12.00 tengah malam

Sepanjang tempoh ini, sistem berikut tidak dapat diakses:

* IP3KS

* MyComm

* MyHarta

* eLesen

* CEPat

* PBTPay

* Kiosk Bayaran (fizikal & atas talian)

Tujuan pelaksanaan adalah untuk meningkatkan prestasi serta keselamatan sistem perkhidmatan kepada orang awam.

Orang ramai dinasihatkan untuk merancang urusan pembayaran sebelum atau selepas tempoh gangguan ini. Segala kesulitan amat dikesali.

Terima kasih atas kerjasama anda.

#KualaSelangor

#IndahdanBersejarah

#MPKS