Color
Text

Bahagian Alam Sekitar

  • Melaksanakan pemeriksaan dan menjalankan penguatkuasaan kebersihan pasar basah.
  • Melaksanakan pemeriksaan kilang yang berisiko menyebabkan kacauganggu pencemaran sungai, bau, serta isu alam sekitar yang lain.
  • Melaksanakan pemeriksaan perusahaan ladang ternakan ayam yang menyebabkan aduan kacauganggu alam sekitar dari segi bau, lalat dan lain – lain.
  • Melaksanakan pemeriksaan kebersihan tandas awam Majlis dan tandas mengikut kategori yang ditetapkan.
  • Menjalankan aktiviti kempen kitar semula minyak masak terpakai/barangan terpakai/ kempen bebas plastik.
  • Merangka, merancang dan melaksana program kesedaran bertemakan Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna serta Kebersihan Tandas.
  • Menjalankan penguatkuasaan notis dan kompaun isu kacauganggu alam sekitar.
  • Memastikan kehadiran dalam mesyuarat serta retreat yang diarahkan dan peruntukan Kerajaan Negeri yang telah diterima dilaksanakan mengikut syarat dan terma yang ditetapkan.
  • Menyediakan laporan aktiviti dan program Unit Alam Sekitar dalam mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kesejahteraan Bandar.