Color
Text
 

Scan for Online Application Payment (iP3KS)

Scan for Online Application Payment (iP3KS)

Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis MPKS 2023

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mengalu-alukan kehadiran Ahli Majlis baharu yang dilantik sempena Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis tahun 2023 di Bilik Mesyuarat Malawati, Ibu Pejabat MPKS.

Seramai 23 orang Ahli Majlis yang dimulakan oleh YDH Dato' Mohamad Yaacob bin Dato' Ismail telah melafazkan Pengakuan Menerima Jawatan Ahli Majlis MPKS di hadapan Yang Dipertua MPKS, Yang Berusaha Puan Rahilah binti Rahmat.

Bagi penggal ini, seramai 9 orang Ahli Majlis adalah lantikan baharu manakala seramai 14 orang lantikan semula. Berikut adalah senarai Ahli Majlis yang telah dilantik:

LANTIKAN SEMULA

1. YDH Dato’ Mohamad Yaacob Bin Dato’ Ismail

2. Encik Nagmudin bin Hussain

3. Encik Lim Yau Mien

4. Puan Pushpa A/P Nagiah Vengadesan

5. Encik Yeow Yeong Feng

6. Encik Hoi Yun Hong

7. Encik Khider bin Abd Rahim

8. Encik Lee Lih Perng

9. Ts. Norman Naim bin Muhamad Rani

10. Encik Daim bin Haji Yassin

11. Yang Mulia Raja Shahmirulzaman bin Badakozaman

12. Encik Zailani bin Kadir

13. Encik Mohd Hatta bin Sanuri

14. Encik Alagenthran A/L Vellasamy @ Mayandy

LANTIKAN BAHARU

1. Encik Ahmad Radzi bin Ahmad Soofi

2. Encik Sivabalan A/L Mugunthan

3. Encik Gunasakaran A/L Subbramaniam

4. Puan Nantha Kumari A/P Singaram

5. Encik Yoong Hoi Keun

6. Encik Koo Chin Min

7. Puan Fazidah binti Joned

8. Encik Jegatheesan A/L Subramanian

9. Encik Muhammad Asyraf Syafiq bin Anuar

MPKS merakamkan ucapan tahniah di atas pelantikan tersebut dan berharap Ahli Majlis yang dilantik dapat melaksanakan tugas dengan komited serta berkhidmat dengan cemerlang dalam membangunkan Daerah Kuala Selangor dan meneruskan kerjasama baik bersama ketua masyarakat dan warga Kuala Selangor.

Selamat menjalankan amanah dan tugas.

#KitaSelangor

#KualaSelangor

#IndahdanBersejarah

#MPKS

AMMPKS2023 

AMMPKS2023