Color
Text
 

Scan for Online Application Payment (iP3KS)

Scan for Online Application Payment (iP3KS)

Karnival Inovasi UCS 2023 : Inovasi Memperkasa Ekonomi

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

UiTM Cawangan Selangor (UCS) akan menganjurkan Karnival Inovasi UCS 2023 dengan tema Inovasi Memperkasakan Ekonomi sebagai salah satu usaha meningkatkan aktiviti inovasi di UCS.

Berikut adalah tarikh dan masa program:

Tarikh : 14 & 15 Januari 2023 (Sabtu & Ahad)

Masa : 9:00 pagi hingga 6:00 petang

Tempat : Dewan Berlian, UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam (https://rb.gy/2rn8xf)

Pelbagai aktiviti diadakan bagi menarik minat penyelidik dan masyarakat, diantaranya adalah bengkel pembuatan produk kosmetik, mencanting batik, klinik gigi dan mata bergerak, pemeriksaan kesihatan percuma, pameran STEM dan aktiviti MAKERS untuk yang sesuai pelajar sekolah dan universiti serta pelbagai aktiviti lain.

Pada karnival ini juga, akan diadakan forum bertajuk Business Brew With Bigwigs yang akan membincangkan berkenaan keusahawanan dan panel yang terlibat adalah dalam kalangan syarikat yang ternama di Malaysia.

Sehubungan itu, kami menjemput anda semua untuk hadir bagi memeriahkan karnival ini. Jangan lupa temu janji kita pada 14 & 15 Januari 2023.

Sila tekan pautan untuk maklumat lanjut - https://selangor.uitm.edu.my/kiucs2023

#keluargaUiTM

#uitmcawanganselangor

                                Karnival Inovasi UCS 2023 

               Karnival Inovasi UCS 2023

Karnival Inovasi UCS 2023 Karnival Inovasi UCS 2023 

Karnival Inovasi UCS 2023 Karnival Inovasi UCS 2023 

Karnival Inovasi UCS 2023