Color
Text
 

Scan for Online Application Payment (iP3KS)

Scan for Online Application Payment (iP3KS)

Kupon Digital GoPayy

Selain menggunakan aplikasi telefon pintar, bayaran caj tempat letak kereta di Kuala Selangor boleh juga dibuat dengan menggunakan kupon digital GoPayy.

Penggunaan kupon digital ini amat mudah, pantas dan selamat. Antara kelebihan menggunakan Kupon Digital GoPayy adalah:

i. Mudah didapati melalui ejen-ejen berdaftar yang sah di seluruh Selangor.
ii. Pengguna tidak perlu menggores kupon dan pamer kupon gores di atas ‘dashboard’ kenderaan selepas pembelian.
iii. Pengguna tidak perlu menggores kupon yang banyak dalam satu masa.
iv. Pengguna hanya perlu memberikan nombor pendaftaran kenderaan kepada ejen GoPayy dan bayaran boleh dibuat mengikut tempoh masa yang dikehendaki.
v. Pengguna boleh menjejak dan mengawal perbelanjaan yang telah dibuat.
vi. Data dan rekod pembelian tersimpan secara automatik di dalam sistem.

Dapatkan Kupon Digital GoPayy anda melalui ejen-ejen berdaftar yang berdekatan. Hubungi talian hotline Suasa Efektif (M) Sdn Bhd 1-300-88-2025 sekiranya anda berminat untuk menjadi ejen Kupon Digital GoPayy.

#KualaSelangor
#IndahdanBersejarah
#MPKS

KUPON DIGITAL GOPAYY