Color
Text
 

Scan for Online Application Payment (iP3KS)

Scan for Online Application Payment (iP3KS)

Operasi Tomyam dan Premis Makanan Waktu Malam 2022

Majlis Perbandaran Kuala Selangor melalui Jabatan Kesihatan Persekitaran, MPKS telah menjalankan Operasi Tomyam dan Premis Makanan Waktu Malam bermula bulan Mei hingga bulan Oktober 2022 yang lalu di premis-premis makanan daerah Kuala Selangor.

Pemeriksaan premis makanan ini adalah untuk memastikan tahap kebersihan premis berada pada tahap yang baik dan keselamatan makanan terjamin. Sebanyak 77 premis makanan telah diperiksa dan hasil operasi yang dijalankan, sebanyak 162 kompaun serta 18 notis telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dibawah Undang-Undang Kecil Pelesenan, Tred Perniagaan dan Perindustrian (MDKS) 2007, Undang-Undang Kecil Pengendalian Makanan (MDKS) 2007, Undang-Undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan (MDKS) 2007 dibawah bidang kuasa Majlis Perbandaran Kuala Selangor dan Akta Makanan 1983, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 serta Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 iaitu dibawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia.

Selain itu, sebanyak 8 buah premis makanan tidak mencapai tahap kebersihan yang memuaskan, penemuan najis tikus dan lipas di dalam premis. Premis-premis tersebut telah diarahkan tutup selama 14 hari di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dan perlu melaksanakan pembersihan segera secara menyeluruh sebelum dibenarkan beroperasi semula.

Pemeriksaan mengejut ini adalah bertujuan untuk memastikan premis-premis makanan berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk dikunjungi para pelanggan. Pemeriksaan seperti ini akan diperluaskan lagi untuk tahun seterusnya bagi mengekalkan tahap kebersihan yang baik terhadap pengusaha–pengusaha premis makanan.

Operasi ini dijalankan melibatkan jabatan dalaman MPKS dan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor.

#KitaSelangor

#KualaSelangor

#IndahdanBersejarah

#MPKS

OPERASI TOMYAM DAN PREMIS MAKANAN OPERASI TOMYAM DAN PREMIS MAKANAN 

OPERASI TOMYAM DAN PREMIS MAKANAN OPERASI TOMYAM DAN PREMIS MAKANAN 

OPERASI TOMYAM DAN PREMIS MAKANAN OPERASI TOMYAM DAN PREMIS MAKANAN 

OPERASI TOMYAM DAN PREMIS MAKANAN OPERASI TOMYAM DAN PREMIS MAKANAN