Color
Text
 
Scan for Online Application Payment (iP3KS)

Scan for Online Application Payment (iP3KS)

PEMERIKSAAN DAN PEMANTAUAN SEMULA ADUAN PENCEMARAN BAU LADANG TERNAKAN AYAM (BIOGAS PLANT) JALAN RAJA ABDULLAH, JERAM, KUALA SELANGOR, SELANGOR

Jabatan Kesihatan Persekitaran MPKS dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor, Lembaga Urus Air Selangor dan Jabatan Alam Sekitar telah menjalankan operasi bersepadu pemantauan semula aduan pencemaran bau ladang ternakan ayam (biogas plant) di Jalan Mat Shah off Jalan Raja Abdullah, Jeram pada 22 Ogos 2023 di mana operasi ini dijalankan bermula jam 9.00 pagi hingga jam 11.00 pagi melibatkan 20 orang kakitangan.

Operasi ini dijalankan berikutan aduan penduduk mengenai kacauganggu bau yang berulang pada 5 Ogos 2023. Siasatan di tapak mendapati premis menjalankan penjanaan biogas hasil daripada sisa buangan ternakan ayam.

Selain itu, terdapat 2 lagun kolam yang dipenuhi biogas dan pengurusan effluent yang tidak sistematik serta parit keliling premis dipenuhi discaj yang tidak diuruskan dengan efisyen.

Sehubungan itu, Jabatan Kesihatan dan Persekitaran telah mengeluarkan 1 notis dan 1 Kompaun menghapuskan kacauganggu dibawah Sek 70(b) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Jabatan Penguatkuasa MPKS telah mengeluarkan 1 kompaun di bawah UUK Pelesenan Tred, Perniagaan , Perindustrian MDKS 2007. Jabatan Kawalan Bangunan MPKS mengeluarkan 1 notis dan 1 kompaun kepada pemilik premis.

Premis diarahkan tutup serta merta dan perlu menyelesaikan permohonan Kebenaran Merancang serta permohonan kebenaran Pihak Berkuasa Melesen. Pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) turut menjalankan persampelan air untuk pengeluaran discaj yang tidak terurus dgn baik.

#KualaSelangor

#IndahdanBersejarah

#MPKS 