Color
Text
 

Scan for Online Application Payment (iP3KS)

Scan for Online Application Payment (iP3KS)

2 ANUGERAH EMAS DI BEIJING

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) merangkul 2 anugerah emas iaitu pengiktirafan tertinggi di dalam International Convention on Quality Control Circle (ICQCC) 2023 di Beijing, China.

Anugerah emas pertama diraih menerusi kumpulan PEHARTA daripada Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta yang mempertaruhkan produk 'KASTILD' Kaunter Semak Timbangan Layan Diri yang mendapat pujian daripada juri antarabangsa kerana usaha MPKS dalam membendung aktiviti penipuan timbangan di dalam urus niaga.

Anugerah Emas seterusnya diraih menerusi kumpulan iCorp daripada Unit Korporat dan Perhubungan Awam yang mempamerkan sistem e-Design sebagai medium untuk MPKS menyediakan rekabentuk hebahan awam dengan tepat dan pantas.

Penyertaan MPKS selaku wakil negara pada konvensyen antarabangsa ini berjaya mengharumkan nama Selangor. Selain itu, adalah hasil usaha berterusan MPKS dalam membudayakan inovasi demi pembangunan daerah Kuala Selangor

ICQCC Beijing 2023 telah disertai 432 kumpulan Innovative and Creative CIrcle (ICC) dari Malaysia, India, Thailand, China, Zambia, Korea, Singapura , Indonesia, Sri Lanka, Taiwan, Mauritius dan FIlipina.

#ICQCC2023
#2GoldAward
#KualaSelangor
#IndahdanBersejarah
#MPKS

ICQCC