PENILAIAN TEKNIKAL PEMATUHAN GARIS PANDUAN GARIS PANDUAN PASAR SEJAHTERA DI KAWASAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah menerima lawatan Penilaian Teknikal Pematuhan Garis Panduan Garis Panduan Pasar Sejahtera di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) oleh Jabatan Kerajaan Tempatan melalui Bahagian Perunding Kejuruteraan Kesihatan Umum (BPKU) pada 13 Ogos 2024 di Pasar Pasir Penambang.
Tujuan lawatan adalah untuk nenilai pematuhan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ke atas Garis Panduan Pasar Sejahtera di kawasan PBT sepertimana Pekeliling KSU KPKT Bil. 2 Tahun 2021. Skop audit adalah merangkumi aspek reka bentuk, pengurusan, penyenggaraan, kesihatan dan keselamatan di pasar.