Color
Text
 

Scan for Online Application Payment (iP3KS)

Scan for Online Application Payment (iP3KS)

OPS PREMIS WARGA ASING SAUJANA UTAMA

Jabatan Penguat Kuasa, Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah menjalankan operasi bersepadu premis warga asing di Saujana Utama, Sungai Buloh pada 15 Ogos 2024.

Operasi ini bertujuan untuk semakan dan membanteras aktiviti penyalahgunaan lesen perniagaan kepada warga asing. Sebanyak 11 premis telah diperiksa melibatkan perniagaan kedai runcit, restoran dan bengkel.

Hasil operasi sebanyak 6 kompaun dikeluarkan melibatkan kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen MPKS, kebersihan premis dan gagal mempamerkan lesen perniagaan. Selain itu, 1 premis diarahkan tutup dan 2 premis disita.

Dalam masa sama, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah II (Selangor) turut membuat sitaan rokok putih sebanyak 44 karton bersamaan 8,508 batang dan rokok kretek sebanyak 39 karton bersamaan 6,640 batang. Barang kes telah disita dan dibawa ke Pejabat Kastam Pelabuhan Utara untuk siasatan lanjut.

Operasi bersepadu ini melibatkan 52 angoota bermula pada jam 9.30 pagi hingga 2.30 petang dan dijalankan dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

#KualaSelangor

#IndahdanBersejarah

#MPKS 

OPS PREMIS WARGA ASING SAUJANA UTAMA OPS PREMIS WARGA ASING SAUJANA UTAMA
OPS PREMIS WARGA ASING SAUJANA UTAMA OPS PREMIS WARGA ASING SAUJANA UTAMA