Color
Text
 
Scan for Online Application Payment (iP3KS)

Scan for Online Application Payment (iP3KS)

KEM SAHSIAH REMAJA 2024

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah berkolaborasi bersama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor dan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor menganjurkan Kem Sahsiah Remaja 2024 pada 13-15 September 2024 di Nur Laman Bestari Eco Resort, Batu Caves.

Program ini melibatkan 68 orang pelajar institusi pengajian tinggi daripada daerah Kuala Selangor dan Hulu Selangor dan 20 orang fasilitator Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja (PROSTAR) bertujuan menggerakkan remaja Malaysia yang berumur 13 hingga 25 tahun sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ke arah Hidup Sihat Tanpa AIDS.

Sebagai PRS mereka dilatih untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan pendidikan HIV/AIDS kepada remaja yang lain. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Yang Berusaha, Tuan Mohamad Hanafe bin Basri ke Majlis Perbandaran Kuala Selangor.

#KualaSelangor

#IndahdanBersejarah

#MPKS 

KEM SAHSIAH REMAJA 2024 KEM SAHSIAH REMAJA 2024 KEM SAHSIAH REMAJA 2024