Color
Text
 

Scan for Online Application Payment (iP3KS)

Scan for Online Application Payment (iP3KS)

BENGKEL PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM NEGERI SELANGOR 2024

Bahagian Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah menganjurkan Bengkel Pegawai Perhubungan Awam Negeri Selangor 2024 di Hotel Ames, Ayer Keroh, Melaka pada 17 dan 18 September 2024.

Bengkel ini julung kali diadakan bagi membina garis panduan untuk kenyataan media, temu bual, maklum balas isu kepada pihak media oleh jabatan atau agensi di bawah Kerajaan Negeri Selangor.

Selain itu, turut diadakan sesi perkongsian dan taklimat oleh Media Selangor, Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor, Jabatan Penyiaran Selangor dan Jabatan Penerangan Selangor.

Ucaptama majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Setia Haji Haris bin Kasim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. MPKS telah diwakili oleh Puan Norrini binti Mohd Ladzim selaku Ketua Unit Korporat, Pelancongan dan Perhubungan Awam MPKS.

Turut hadir YBhg. Dato' Johary bin Anuar, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), YBrs. Puan Dewi Dirwana binti Munasir, Setiausaha Bahagian Korporat, Pejabat SUK Selangor dan Pegawai-Pegawai Perhubungan Awam Negeri Selangor.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

#sukselangor

#PROSelangor2024

#KualaSelangor

#IndahdanBersejarah

#MPKS 

BENGKEL PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM NEGERI SELANGOR 2024 BENGKEL PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM NEGERI SELANGOR 2024