SEMINAR KEUSAHAWANAN “MEMBANGKIT SEMANGAT USAHAWAN BERJAYA” 2024
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah menganjurkan Seminar Keusahawanan “Membangkit Semangat Usahawan Berjaya” 2024 di Dewan Bandar Baru, Kuala Selangor pada 18 September 2024.
Seminar ini melibatkan 65 orang peserta dan dianjurkan bertujuan membimbing dan membantu peniaga/ usahawan mengenai teknik dan cara menjalankan perniagaan dengan lebih berkesan. Ia juga memberi ruang kepada peserta untuk mengembangkan perniagaan dengan menggunakan pendekatan berbeza dan memperbaiki teknik pemasaran.
Seminar telah disampaikan oleh Encik Mohd Aslam bin Mohammad, Jurulatih Profesional ASL Training and Consultancy Sdn. Bhd. Ucaptama Perasmian telah disampaikan oleh TPr Tuan Haji Mohamad Yusli bin Askandar, Setiausaha Majlis Perbandaran Kuala Selangor.