12TH WORLD URBAN FORUM (WUF12) 2024
12TH WORLD URBAN FORUM (WUF12) 2024
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) turut serta bersama delegasi Kerajaan Selangor didalam 12TH World Urban Forum (WUF12) 2024 yang berlangsung di Pusat Pameran Antarabangsa Egypt, Kaherah, Mesir.
Turut berlangsung perasmian Pavilion Selangor di 'Rumah Malaysia' sempena forum antarabangsa ini yang telah disempurnakan oleh Y.A.B Dato' Seri Amirudin bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor.
Pavilion Selangor menghimpunkan 12 PBT termasuk beberapa agensi kerajaan. MPKS telah diwakili oleh Yang Berusaha Tuan Mohamad Hanafe bin Basri, Yang Dipertua MPKS dan Puan Umi Zuhirah binti Ramlan, Pengarah, Jabatan Perancangan Pembangunan.
Dalam masa sama, turut berlangsung perasmian 'Malaysian Pavilion' telah disempurnakan oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), dengan pengelolaan TPr. Ts. Norliza Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif URBANICE Malaysia.
Acara diteruskan dengan kemuncak program, iaitu 'Opening Ceremony World Urban Forum (WUF)-12' di pentas utama yang dirasmikan oleh Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi.
#KualaSelangor
#IndahdanBersejarah
#MPKS