PERHIMPUNAN PAGI MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR
Majlis Perbandaran Kuala Selangor telah mengadakan Perhimpunan Pagi Bil. 1/2025 yang telah dihoskan oleh Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta di Dewan Ixora, Bandar Hillpark.
Ucaptama perhimpunan ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha, Tuan Mohamad Hanafe bin Basri, Yang Dipertua MPKS dan ucapan aluan telah disampaikan oleh Sr. Salinda binti Jamil, Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta.
Perhimpunan ini turut dihadiri oleh Y.D.H. Dato' Mohamad Yaacob bin Dato' Ismail Dato’ Penggawa Permatang Paduka Maha Bijaya Kuala Selangor, TPr Tuan Haji Mohamad Yusli bin Askandar Setiausaha MPKS, Ahli-Ahli Majlis dan ketua-ketua jabatan/unit serta kakitangan MPKS.
Di dalam majlis tersebut, turut diadakan majlis perasmian Dewan Ixora, Bandar Hillpark. Dewan ini mempunyai 4 buah gelanggang badminton dan turut dilengkapi dengan kemudahan pentas, pembesar suara dan penghawa dingin. Dewan ini masih lagi menjalani persiapan akhir dan dijangka mula dibuka untuk sewaan pada bulan Februari 2025.
Dalam masa sama, turut berlangsung penyampaian hadiah Pertandingan Inovasi Peringkat MPKS dan Pertandingan Mencipta Logo Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan MPKS.
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : https://www.facebook.com/share/p/15geCdgjus/