OPERASI BERSEPADU KENDERAAN BERAT
Jabatan Penguatkuasa MPKS telah menjalankan operasi bersepadu kenderaan berat di sekitar kawasan Bestari Jaya pada 21 Januari 2025.
Operasi ini dijalankan berikutan aduan awam mengenai kenderaan berat melebihi dua tan yang parkir di kawasan taman perumahan, medan perniagaan dan bahu jalan sehingga mengakibatkan kerosakan jalan dan menganggu keselamatan penduduk.
Dalam operasi tersebut, sebanyak 14 kompaun di bawah Undang-Undang Kecil Taman (MDKS) 2005 telah dikeluarkan oleh MPKS atas kesalahan membawa masuk kenderaan bermotor melebihi berat muatan 2 tan metrik di dalam taman perumahan dan halangan kenderaan berat.
Operasi ini dijalankan bermula jam 8.00 malam hingga 12.00 pagi terdiri daripada 16 anggota daripada Jabatan Penguatkuasa dengan kerjasama Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor.
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : https://www.facebook.com/share/p/1EMo7ED6md/