UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH.
Kami dengan penuh rasa hormat dan ikhlas ingin mengucapkan Selamat Bersara dan Terima Kasih kepada Yang Berhormat Dato' Setia Haji Haris bin Kasim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor atas segala sumbangan, kepimpinan, jasa dan khidmat bakti yang telah beliau curahkan sepanjang berkhidmat dalam perkhidmatan awam.
Kepimpinan dan dedikasi beliau telah memberikan impak yang besar kepada pembangunan negeri Selangor, khususnya dalam memastikan kemajuan dan kesejahteraan rakyat. Beliau telah menjadi contoh teladan dalam menjalankan tanggungjawab dengan penuh integriti dan komitmen.
Majlis Perbandaran Kuala Selangor amat menghargai jasa dan sumbangan serta ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas segala usaha dan pengorbanan beliau. Kuala Selangor, sebagai sebuah bandar yang "Indah dan Bersejarah" turut merasai kesan positif daripada kepimpinan beliau.
Kami berdoa agar Yang Berhormat Dato' Setia Haji Haris bin Kasim diberikan kesihatan yang baik, kebahagiaan dan keberkatan dalam kehidupan selepas persaraan. Semoga segala amal jariah dan khidmat bakti beliau diterima sebagai ibadah dan diberkati oleh Allah SWT.
Tulus Ikhlas Daripada Yang Dipertua, Setiausaha, Ahli-Ahli Majlis, dan Warga Kerja Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS).
#KualaSelangor
#IndahdanBersejarah
#MPKS